|
Bismillahi walhamdulillah. Setinggi puji bagi Allah Jalla wa 'Ala, selawat dan salam buat Rasul junjungan ummat, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in, awwalin, solafussoleh, mujtahidin dan mujahidin seterusnya teman-teman penerus perjuangan sekalian. Semalam telah diadakan satu program sukaneka di Kolej IT (COIT). Program yang bertajuk "Telematch COIT" ini merupakan "rare occasion" dianjurkan secara total oleh jabatan akademik mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal yang menarik ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar, khususnya antara advisor dan advisee serta advisee dan advisee. Satu usaha murni yang atashi kira patut dicontohi oleh mana-mana organisasi. Tapi atashi tak dapat main sebab advisor tak dapat datang. So, pihak committee memanggil atashi untuk menjadi urusetia. Telematch dimulakan dengan acara senamrobik oleh Puan Mastura dari IKAL. Seterusnya semua yang hadir bergerak ke padang bola di depan COIT untuk acara sukaneka. Setiap advisor mempunyai pasukan masing-masing dan lebih daripada 30 pasukan mengambil bahagian. Alhamdulillah, lebih kurang 5 acara berlangsung dengan jayanya. Bagi atashi, acara yang paling best ialah Menghias Advisor. Hiasan hendaklah menggunakan sumber dari alam sekitar yang terdapat di sekitar padang. Macam-macam rupa dan konsep yang dapat dilihat. Ada yang macam transformers, orang asli, mat rempit, ninja dan macam-macam lagi. Memang kelakar. Model-model ini diadili oleh Dato' NC sendiri sambil dibantu oleh Dekan COIT dan pengarah program. Apapun, tahniah kepada pemenang iaitu Maharaja dari China, Mr. Allan Cheah. Walaupun kami terpaksa berada paling awal atas padang dan paling akhir meninggalkan vanue telematch, semuanya pulang dengan perasaan gembira. Gembira melihat orang lain gembira. Yang dapat nombor paling last pun gembira macam dapat nombor tiga. Hehe .. Akhiran, even sebuah institusi akademik pun begitu menitikberatkan soal ukhwah dalam interaksi mereka. Justeru, kita yang nak menggelarkan diri sebagai pejuang Islam sudah semestinya melakukan lebih daripada itu. Kalaupun ukhwah itu tak meningkat, jangan pula ia menurun. Ramai di kalangan kita yang putus ukhwah atas pelbagai sebab dan yangpaling menyedihkan ialah puncanya adalah fikrah. Mungkin kerana persoalan subjektif menjadi taruhan, atau abstraktif yang dicanangkan menjadikan ukhwah itu tidak begitu dilihat sebagai elemen utama dalam perjuangan. Yang berada di sisi tak dihargai, yang muncul sekali-sekala itulah yang selalu disanjungi. Orang berilmu semakin dijauhi, tapi si retorik yang didekati. -- Muka, tengkuk dan lengan dah terbakar ... Wallahu ta'ala a'lam ... |
| MUJAHADAH April 1, 2009 04:54 PM PDT Mudah2an ukhwahfillah yang dibina berkekalan hendaknya.... | ||
| Ayu January 13, 2009 07:17 AM PST Semoga usaha yg murni itu untuk selama2nye.....aamiiinn. | ||
| Dr_Kadir September 17, 2007 03:59 PM PDT Moga semangat dan perjuangan pun turut terbakar menjulang sama.. :D | ||
| Leave a Comment: |