Entry: Bizi Thursday, August 16, 2007



Bismillahi walhamdulillah.

Puji-pujian bagi Tuhan Yang Maha Agung, selawat dan salam buat Rasul pengislah ummat, ahliil bait, para sahabat, solafus soleh, awwalin, mujtahidin dan mujahidin seterusnya teman-teman penerus risalah Nabi yang dihormati sekalian.

Awalan, atashi mohon maaf kerana dah lama tak berkunjung ke sini. Hampir sebulan rasanya. Sampai ada sahabat tanya semasa chatting semalam,"blog hang tu awat tak tutup je kalu xnk update?". Malu juga rasanya. Huhu ...

Bukan tak nak update, tapi tutntutan lain yang lebih awla agak banyak dan mendesak sekarang. Tidak lain dan tidak bukan ialah pelajaran. Atashi berazam untuk mempertingkatkan pointer bagi semester ni. Asyik main 2 je, nak rasa jugak 3. Jadi, untuk mencapai matlamat tu, ada lah perkara yang terpaksa dikorbankan. Tambahan pula, subjek yang atashi ambil pada semester ni memang berat dan ada yang kategori killer. Dengan 18 kredit hour (atas jadual 21 kredit hour) dan setiap project subject tu atashi sebagai group leader (5 group), memang banyak kerja yang perlu dibuat.

Baru-baru ni atashi mengikuti Kursus Imam dan Bilal TNB Zon Tengah. Kursus ini memang bagus dan memberi manfaat yang cukup besar khususnya pada atashi. Banyak pengalaman dan ilmu-ilmu berguna yang dapat atashi gali di sini. Semasa kursus ini juga atashi sempat bertalaqi dengan salah seorang sheikh utama di Malaysia iaitu Ustaz Mat Isa bin Man. Mungkin ramai yang kurang mengenali beliau di sini, tapi kalau di Mesir, beliau ini tidak kurang popular terutamanya dalam bidang tarannum. Bayangkan, sepengetahuan umum, lagu-lagu Al-Quran hanya ada 7. Tapi beliau mengetahui dan bole melagukan 350 jenis lagu dari seluruh dunia. Masya Allah. Mabruk 'alaih ... Di samping mendapat sanad, beliau juga menuntut daripada ulama' Al-Quran tersohor dunia yang mana dua daripadanya buta. Subhanallah ...

Di kursus ini juga, atashi sempat berkenalan dengan guru Al-Quran yang bakal mengajar atashi untuk kelas Al-Quran, insya Allah bermula minggu depan. Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, beliau merupakan pakar Al-Quran di Malaysia yang mana hanya terdapat beberapa orang sahaja dalam kategori beliau di Malaysia ini. Selain mempunyai sanad yang bersambung sehingga ke Rasulullah, beliau juga mempunyai suara lembut yang cukup merdu. Orangnya agak tegas dan suka mengkritik, tapi kritikannya berasaskan ilmu yang cukup luas dan hujah yang cukup kuat. Berasal dari Terengganu dan beliau adalah Syeikh Dr. Sulaiman Ibrahim El-Baruhiyy.

Insya Allah, jika mendapat restu beliau, atashi bukan sahaja belajar malah akan berusaha mendapatkan sanad daripada beliau. Untuk pengetahuan teman-teman, untuk mendapatkan sanad merupakan perkara yang tidak mudah. Komitmen, pengorbanan, minat dan iltizam adalah antara rencah wajib untuk usaha ini. Justeru, atashi harap agar teman-teman sekalian memahami usaha atashi untuk mendalami Al-Quran ini.

Akhiran, tarbiyah adalah wajib bagi setiap yang bergelar pejuang Islam. Untuk terlibat dalam urusan kaum muslimin, Al-Quran merupakan gist utama dalam diri. Bukan sekadar boleh membaca dengan betul dan menghafaznya, tapi juga menghayati dalam setiap gerak langkah yang kita ambil. Oleh itu, tiada sumber tarbiyah yang lebih baik daripada KItabullah ini.

-- "Jangan kamu menyerahkan urusan kaum muslimin kepada orang yang membawa kepada hinaan kepada Islam atas sebab diri orang itu sendiri"
                                                               
- Syeikh Dr. Sulaiman Ibrahim El-Baruhiyy

Wallahu ta'ala a'lam ... Smile

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments