|
Bismillahi walhamdulillah. Sekelian puji ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin, solafussoleh, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya teman-teman seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, setelah lama tak berkunjung ke teratak sendiri ni, rindu pula rasanya. Kekangan masa dan bebanan yang ditanggung menyebabkan peruntukan masa untuk berceloteh di sini diabaikan. Terima kasih kepada teman-teman yang masih sudi berkunjung ke teratak uzur ini. Baru-baru ini atashi mengikuti rombongan jaulah yang ditaja oleh Unit Akademik Pusat Islam. Tujuan utama jaulah ini bukannya makan angin seperti yang disangka oleh sesetengah pihak, tapi kami memerah otak dan tenaga mengatur, merencana dan merangka pelan tindakan dan strategi bagi mengharungi semester hadapan dengan uslub yang berbeza. Pulau Kapas, Marang telah menjadi destinasi kami bermusyawarah dalam suasana santai supaya dapat mengurangkan kadar tekanan dan agar dapat memberikan komitmen dalam kadar yang optimum. Atashi mewakili golongan pertengahan yang cuba untuk memahami struktur dan pelaksanaan bagi mendapatkan pelan terbaik untuk program yang akan dilancarkan. Kalau dalam Sistem Analysis and Design (SAD), program ini dinamakan JAD. Hari Pertama. Sampai di Marang pada jam 5.00 pagi. Kami berehat di Masjid Sultanah Nur Zahirah dan solat di sana. Setelah bersarapan di Pasar Marang, kami menaiki bot untuk ke Pulau Kapas. Sepanjang perjalanan, suasana tenang laut telah memberikan gambaran yang agenda jaulah kali ini akan berjalan dengan sebaiknya. Sempat juga kami melihat ikan todak melompat di atas air. Subhanallah, pemandangan kali pertama untuk kami semua. Memang menakjubkan. Hari kedua. Atashi menjadi imam solat Subuh tersebut dan memberikan sedikit tazkiah untuk semua peserta yang hadir. Setelah bersarapan pagi, kami ke sesi perlantikan dan tugasan. Selepas sesi tersebut, tiba pula ke sesi almanac. Dalam sesi ini terserlah komitmen yang ditunjukkan oleh hampir semua peserta. Pada pandangan atashi, walaupun mereka tidak dilengkapi dengan ilmu agama yang tinggi ataupun fikrah Islamiah yang menjulang, tapi komitmen mereka amat membanggakan. Pandangan atashi pada penampilan dan sahsiah mereka atashi ketepikan dulu, cuba mengambil semangat mereka bekerja. Sesi petang disambung setelah makan tengah hari dan solat. Sekali lagi walaupun dalam keadaan mengantuk, tapi mereka tetap tidak bersungut. Cuma adalah sorang dua yang nakal tu ... Hari ketiga. Hujan pada malam itu menyebabkan surau hanya ada 5 orang sahaja, walhal sepatutnya kena ada 20 orang. Tapi ustazah memang sporting, sekadar membiarkan mereka solat di bilik masing-masing. Maklumlah, program ala santai. Setelah sarapan, kami berkemas dan bersiap untuk pulang. Banyak perkara yang atashi lihat dan belajar daripada jaulah ini. Pandangan juga makin luas, pemikiran juga makin terbuka, insya Allah, serta engagement juga makin lebar. Cuma atashi sedikit terkilan, mungkin dengan diri sendiri, kerana rombongan pertama yang atashi bawa ke rumah bukannya dari kalangan sahabat-sahabat sefikrah dan seperjuangan dengan atashi. Tapi, tak mengapalah, semuanya sudah berlalu. Hal kecil jangan dibesarkan. Pasal "kenen-kenen" atashi tu, harapnya dapat dilupakan. Atashi tak ada kaitan dengan mana-mana akhawat yang pergi tu. Anggaplah semua tu kisah dongeng dan gossip semata-mata. Akhiran, amat perlu bagi kita mencambahkan pemikiran kita melaui perbincangan yang 'alami. Bukannya menunjukkan kepahlawanan kita di gelanggang sendiri, tapi menzahirkan kekuatan pada lawan dan memikat hati mad'u untuk bersama-sama dengan kita di dalam perjuangan ini. Oleh itu, uslub kita mesti pelbagai dalam skop yang syar'ie dan matlamat yang tsabat di atas fikrah yang jelas serta ilmu yang mantap. Semoga medan dakwah ini dapat kita selami dan takluki dengan cara yang paling berhikmah. -- Penyu pata? Hahahahaa ..... Wallahu ta'ala a'lam .... |
| Leave a Comment: |