Entry: Register Sunday, July 08, 2007



Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Tuhan pemilik alam, selawat dan salam buat Rasul pembimbing ummat, ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda, para auliya' dan awwalin, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya teman-teman sefikrah yang dikasihi sekalian.

Insya Allah, esok semester baru akan bermula. Adik atashi juga akan memulakan hidupnya sebagai siswi di IPTA bermula esok. Semoga Allah memelihara dan memudahkan urusannya. Amiin ...

Esok merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar baru di IPT, khususnya di bumi swasta ini mengikuti kuliah atau kelas. Dengan gelaran siswa dan siswi, sudah tentunya keadaannya berbeza berbanding di bangku sekolah dulu. Bak kata seorang pensyarah,"Kalau dulu awak cuma perlu usaha 30%, sekarang awak mesti usaha sekurang-kurangnya 70% untuk survive. Itu cuma tahap survive sahaja, mungkin selesa tapi bukan cemerlang". Bermakna, kematangan dan kehemahan masing-masing sekurang-kurangnya mesti berada pada tahap yang memuaskan.

Esok juga merupakan hari pertama semester akhir bagi beberapa sahabat atashi sekarang. Insya Allah, semoga semester akhir ini menjadi semester yang paling cemerlang untuk kalian. Samada dari segi akademik, sumbangan kepada Islam dan sebagainya. 

Sebagai seorang Muslim, menuntut ilmu merupakan kefardhuan bagi kita. Seperti sabda Rasulullah s.a.w, "Menuntut ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim". Tidak kiralah siapa kita, ilmu mesti dicari dan dituntut. Bukannya tunggu orang datang bagi. Bukannya tunggu orang datang curah. Bukannya tunggu orang suap. 

Kebobrokan minda ummat dan kebejatan akhlak belia kini bermula daripada kejahilan yang mungkin disebabkan oleh kongkongan pihak yang berautoriti. Justeru, sebagai da'ie, kita mesti menyedarkan ummat ini. Berikan mereka maklumat. Sampaikan informasi sebenar. Tanamkan rasa tanggungjawab yang tinggi pada mereka. Insya Allah, semoga usaha ikhlas ini akan dikira sebagai amal ibadah yang akan kita bawa sebagai bekal mengadap Tuhan nanti.

Akhiran, selagi hayat dikandung badan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi fikrah ini jelas, marilah sama-sama kita perah tenaga kita untuk memsatikan gerak kerja Islam licin dan lancar. Ingatlah, kelestarian ummat hari ini memerlukan pengorbanan daripada pejuang Islam.

-- Kalau rasa diri tu dah mantap, sebenarnya itu mungkin bisikan syaitan.  
                                                                                                    -  Sheikh Al-Hakim 

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile

   1 comments

Namewuadie
June 23, 2008   01:39 AM PDT
 
ca va ay bay salut ca va

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments