Entry: Jemputē Friday, June 22, 2007



Bismillahi walhamdulillah.

Setinggi puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam buat Nabi akhir zaman, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin, ulama' dan mujtahidin, mujahidin serta seterusnya rakan-rakan di barisan penegak risalah perjuangan Islam sekalian.

Alhamdulillah, semalam berakhirlah Final Exam bagi semester khas ini. Semuanya berjalan dengan baik walaupun suasana sedikit kusam. Mungkin kerana kurang student atau aktiviti-aktiviti yang mampu menceriakan keadaan.

Insya Allah, esok bermula tugas baru bagi atashi iaitu sebagai fasilitator Pertandingan Debat Kepenggunaan IPT yang akan diadakan di sini. Pertandingan yang dianjurkan oleh FOMCA ini akan disertai oleh universiti-universiti seluruh negara dan mereka semua akan berkampung selama 5 hari. Tapi tugas atashi selama lebih kurang 6 hari bermula 22/6 sehingga 27/6/2007.

Di samping itu, nak ambil peluang di sini untuk menjemput teman-teman sekalian ke program di bawah:

Dialog dan Seminar Analisa Politik:
Mampukah PAS Tawan Terengganu

Tarikh : 30 Jun 2007 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, Gombak.

Anjuran : Ikatan Perantauan Anak Terengganu (PERANTAU)


Insya Allah, ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang. Pembentangan analisa politik Terengganu pula akan disampaikan oleh wakil PERANTAU, Dr. Shafie Abu Bakar. Yang menariknya, ulasan dan komentar bagi seminar ini akan diberikan oleh 2 orang tokoh yang berlainan latar belakang iaitu Naib Presiden PAS, YB Dato' Husam Musa dan tokoh akademik negara, Profesor Emeritius Datuk Dr. Khoo Kay Kim. Ini bermakna kita akan dapat melihat suasana politik negara dari sudut yang lebih luas dan lebih intelek, insya Allah.

Bagi atashi, antara part yang best di program ini ialah sesi minum pagi dan makan tengah hari. Insya Allah bagi sesiapa yang datang awal, akan dapat merasa Nasi Dagang pada sesi minum pagi, buatan anak Terengganu sendiri. Manakala makan tengah hari memang istimewa. Bagi sesiapa yang nak kenal Nasi Minyak Hujan Panas (atau nama lainnya, Nasi Minyak Pelangi), inilah masanya. Jangan balik awal sangat. Kang melepas, rugi je. Ade keropok lekor lagi. Big Smile

Insya Allah, penutupan majlis akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bayaran untuk program ni adalah sebanyak RM 20.00. Tapi untuk student, RM 10.00 je. Pastikan mendaftar di kaunter yang betul nanti.

Program ini adalah program terbuka dan semua yang berkelapangan dijemput hadir. Kita sama-sama tambahkan pengetahuan kita disamping mengeratkan hubungan sesama kita.

Akhiran, segala yang kita rancang dan laksanakan itu, jangan kita lupa untuk kembali berserah kepada Allah s.w.t. Berserah di sini bukan bermaksud berlepas tangan, tapi meyakini apa yang kita terima itu adalah suratan dari Yang Maha Esa.

-- Tahniah kepada Kak Jaja atas walimah 1hb nanti. Jom kita konvoi ke Gombak pulak. Insya Allah tak makan buah langsat Tongue.

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile

   2 comments

LuqA
June 28, 2007   09:37 AM PDT
 
salam.hok mane bkn trg, sila ke bazar.anak trg, sila ke KAT.arahan dh dikeluarkn oleh Pengarah peringkat pusat.
budakmenulis
June 25, 2007   10:56 PM PDT
 
salam.kan ke waktu tu ade bazaar jualan.program kampus.jemput hadir ke kelompok amanah ye.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments