Assalamu alaikum








Welcome to Luqman's hut
(Blog ini sesuai dilayari melalui Internet Explorer)

Bersama ulama' meneraju ummah


Orang Sahabat Tengah Melawat



haa...buat pe tu??

Bismillahi Rahmani Rahim

In the name of Allah
The Most Compassionate
The Most Merciful

Compassion is lost from humanity
illa man rahima ar Rahman

let them fight
with their tanks
and precision bombs
gamut of weapons
though we lack
material forces
and substance
we will do what we can
we will fight
with the best weapon
"And know this Abu Lahb, God does fight on the side of your nephew."
surely
we will fight
and keep fighting
with the best weapon
ad-du'a
yet....

compassion is lost from humanity
... illa man rahima ar Rahman

Image hosted by Photobucket.com


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




I'm proud to be a Muslim ImageChef.com - Custom comment





ImageChef.com - Custom comment codes


Khalik Ma'aya







~ Usrati Mahbubah


Abi = Alias Mamat


Ummi = Ruhani Daud


Shodaime = Luqmanulhakim


Nidaime = Nurul Syahidah


Sandaime = Nasruddin


Yondaime = Munirah


Godaime = Najmuddin


Rokudaime = Naqiuddin


Nadaime = Saifullah


Hachidaime = Nidzamuddin


Youngest = Ahmad Solihin





Kalendar Hijrah


Sila klik untuk Ketahui Tarikh Lahir dalam Masihi dan Hijrah



:: Moon Phases


CURRENT MOON


KEMPEN BOIKOT DENMARK

 
Klik gambar di atas untuk lihat senarai barang-barang yang terlibat dalam kempen boikot Denmark



BOIKOT ISRAEL












_______________________________
Visitor Map



Google Search



:: Pembentukan fikrah melalui pautan ilmu ::


















If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Saturday, June 16, 2007
Kes Berat

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi tabi'in dan awwalin, mujahidin dan mujtahidin, seterusnya para pendokong risalah perjuangan Rasulillah hingga ke Hari Pembalasan.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita seorang pelajar Malaysia di Mesir telah meninggal dunia setelah dipukul dan ditikam oleh seorang lagi pelajar Malaysia yang lain. Mohd. Ishak, pelajar yang berasal dari Terengganu telah dipukul di kepala dan ditikam bertubi-tubi oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Selangor. Namanya tidak diketahui.

Ana tidak berniat mengulas berita yang dipaparkan di dada-dada akhbar dan yang ke udara di televisyen, cuma ingin mengorek sedikit kebenaran laporan tersebut.

Pertama, Utusan Malaysia 15 Jun 2007 melaporkan Mohd. Ishak adalah pelajar tahun 3 jurusan Usuluddin dan pelajar dari Selangor itu adalah pelajar tahun 2 jurusan Bahasa Arab, juga 22 tahun. Apabila berita ini tersebar, ana cuba mendapatkan sedikit maklumat dari bumi Mesir. Sahabat di sana mengatakan perkara yang lain iaitu kedua-duanya dari jurusan Usuluddin, berumur 20 tahun dan merupakan pelajar tahun 1.

Selain itu, laporan Utusan Malaysia juga tidak menunjukkan suatu kronologi cerita yang logik (sila lihat Utusan Malaysia 15 Jun). Iaitu peajar dari Selangor itu mancari salah seorang housemate Mohd. ishak dan ketika itu housematenya itu tiada di rumah. Oleh kerana geram, lalu dibunuh Mohd. Ishak. Walaupun boleh terjadi, tapi nampak kurang logik dan kurang relevan. Laporan yang sama juga menyatakan abang Mohd. Ishak mendakwa adiknya menjadi mangsa senior di sana. Sahabat di sana pula mengatakan kes ini berlaku gara-gara hutang.

Kalau benarlah laporan itu tidak menyatakan apa yang sepatutnya, maka seolah-olah ada pihak yang ingin menutup cerita ini daripada pengetahuan umum. Jadi, media kita tidak telus dan menjadi alat kepada pihak-pihak tertentu.

Anyway, apapun berita dan laporan yang kita terima, tapislah dengan seadilnya. Jangan kita terus memberikan justifikasi muktamad walaupun perkara pertama yang kita terima itu memberikan impak dalam memutuskan sesuatu.

Akhiran, marilah sama-sama kita tingkatkan kesedaran kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita terutamanya kepada ummat kita ini.

-- Akhlak dan perilaku mesti dipandu oleh iman dan akal yang waras.

Wallahu ta'ala a'lam .... Shocked


Posted at 09:41 am by syadiid
Sila komen  

Sunday, June 10, 2007
Jemputan

Bismillahi walhamdulilah.

Segala puji bagi Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Utusan Tuhan yang mulia, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin, solafussoleh, mujahidin dan mujtahidin, seterusnya pejuang-pejuang yang sentiasa istiqamah berada di atas jalan perjuangan Islam.

Alhamdulillah, semalam atashi dan beberapa sahabat telah 'bermusafir' ke Melaka. Perjalanan yang tidaklah berapa jauh tapi agak lama sebab banyak 'makan buah langsat' Smile. Tanya orang kat kedai, katanya jumpa Shell lepas tu jumpa Bintang.

Tujuan ke Melaka adalah kerana ingin menghadiri kenduri salah seorang teman di daerah Alor Gajah. Alhamdulillah, belum sempat kenyang 'makan buah langsat', tibalah ke destinasi yang dituju. Di majlis yang berunsurkan adat istiadat Melayu itu, memberikan suatu pengalaman baru kepada atashi kerana inilah kali pertama menyaksikan majlis kenduri 'sambut menantu' di Melaka. Makanan pun best. Apapun, tahniah kepada Abg. Ijam dan Aimi. Semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat.

Selepas itu, destinasi seterusnya ialah ke Umbai, Melaka Tengah. Nak ke sana pun 'makan buah langsat' lagi. Siap masuk kampung Cina mana ntah. Dalam perjalanan itu, seorang ukhti ingin berhenti di Melaka Central untuk membeli tiket. Sedang menunggu beliau membeli tiket, atashi perhatikanla Melaka Central ni. Besar juga. Lagi besar daripada Stesen Bas MPKT. Tapi kata satu-satunya akak dalam kereta tu, dulunya buruk je stesen bas ni. Tak ada ataplah, panaslah dan macam-macam lagi. Kirenya sekarang ni tajdiid la. Smile 

Sampai di Umbai, kami dijamu lagi. Kali ni Mee Kari pulak. Memang best. Silap pulak tak tapau bawak balik. Hehe. Akhirnya, yang dicari-cari pun dijumpai. Bintang. Tongue Tak boleh pakai punya direction. Lepas sejam di sana, kami memohon diri untuk pulang. Alhamdulillah, kali takde orang jual buah langsat, so tak 'makan buah langsat'.

Setelah menempuh highway selama sejam setengah lebih dan penumpang-penumpang pun diturunkan ke destinasi masing-masing, tempat terakhir ialah di Hulu Langat sebab nak hantar kereta. Dalam perjalanan ke Hulu Langat, hujan lebat dan atashi bajet balik rumah dengan sahabat sorang ni memang kuyupla kali ni nampaknya sebab nanti nak balik naik motor. Tapi Allah s.w.t memberi kemudahan kepada kami apabila hujan berhenti selepas Maghrib. Sampai di rumah akak tu, kami sempat bersembang dengan ibu beliau. Banyak yang kami sembangkan dan banyak manfaat yang dapat kami timba. Antaranya tips kesihatan, perjalanan hidup kita di dunia ini dan macam-macam lagi. Rumahnya pun meriah dengan kanak-kanak.

Apapun, terima kasih kepada Kak Dee untuk macam-macam yang kami terima dan Pakcik Sanusi kerana sudi meminjamkan Unser beliau. Siap basuh dulu tu sebelum kami ambil. Dahla ambil kereta minyak full tank, tapi hantar balik kurang satu takuk setengah. Jazakallahu khairan kathiraa ....

Sebelum akhir, nak minta maaf kepada Kak Az (Subang) dan Kak Jan (Kedah) sebab tak dapat memenuhi jemputan akak-akak sekalian. Janji atashi terlebih dahulu ke Melaka. Penat sangat satu hari berjalan sambil 'makan buah langsat'. Insya Allah kalau ade jemputan di lain masa atashi akan datang.

Akhiran, menjadi kewajipan kita memenuhi jemputan saudara Muslim selagi mana kita tidak ada halangan dan kepayahan untuk menghadirinya. Kalau adapun kepayahan tersebut, bukannya kepayahan yang kita sendiri reka atau cari. Jadi, buat apa kita menyendiri tanpa meraikan mereka yang bermurah hati menjemput kita? Adakah kita mahu majlis kita nanti tidak dihadiri oleh orang yang kita jemput? Sama-sama kita muhasabah ....

-- Tahniah dan takziah kepada Pak Lah. Tahniah jugak kepada semua teman-teman yang dah kahwin. Insya Allah atashi lambat lagi .... Tongue

 

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile

 


Posted at 09:58 pm by syadiid
Sila komen  

Monday, June 04, 2007
Muktamar ke-53

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Azza wa Jalla, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga dan kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi'in dan awwalin, mujahidin dan mujtahidin, solafussoleh dan ulama', seterusnya pendokong perjuangan Islam sehingga ke Hari Akhirat.

Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) baru sahaja berakhir semalam. Alhamdulillah, muktamar berjalan dengan lancar dalam suasana yang cukup baik. Walaupun atashi cuma sempat menghadiri muktamar PAS pusat, namun di penghujung muktamar iaitu pada sesi penggulungan, segala isu dan perkara berbangkit yang telah dijawab dan diperjelaskan oleh pimpinan telah menggambarkan perjalanan keseluruhan muktamar kali ini.

Pada muktamar kali ini, atashi berpeluang menjadi pemerhati secara rasmi dari tempat duduk pemerhati. Kalau masa sekolah dulu, semasa muktamar di Stadium Tertutup Terengganu, atashi dan kawan-kawan terpaksa menyusup masuk ke dalam dewan untuk melihat secara 'live' ucapan dan perjalanan keseluruhan muktamar. Siap buat-buat 'selamber' je macam kita ni pemerhati yang lain. Pendek kata, pemerhati 'haram'. Tapi kali ni, alhamdulillah, siap masuk ikut pintu perwakilan lagi. Maklumlah, dapat pas masuk selaku pemerhati.Shades

Berhubung dengan Muktamar PAS pusat, pelbagai isu yang diajukan oleh para perwakilan dari setiap negeri. Tidak berniat untuk mengulas isu-isu tersebut secara terperinci di sini, atashi ingin membawa situasi umum mukktamar yang berlangsung di PUTIK itu. Mendengarkan ucapan dasar Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, terbuktilah bahawa PAS merupakan medium terbaik bagi rakyat Malaysia untuk hidup dalam suasana dan kondisi yang jauh lebih baik daripada sekarang. Pendekatan Muwajahah Silmiah yang diambil menunjukkan PAS inginkan keamanan dan kesejahteraan untuk rakyat. Dalam pimpinan Pusat, pertukaran pimpinan hanya melibatkan Naib Presiden 3, iaitu Ustaz Ahmad Awang yang menggantikan Dato' Dr. Hassan Ali yang tidak bertanding.

Dewan Ulama' menyaksikan pertukaran pimpinan Dewan apabila YB Ustaz Md. Daud Iraqi akan menerajui Dewan Ulama' PAS Pusat setelah sekian lama menjadi Timbalan Ketua Dewan Ulama'. Dalam ucapan penggulungan beliau yang bersahaja dan ringkas, para pemerhati dan perwakilan amat bersetuju dengan perlantikan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama' setelah YB Ustaz Harun Taib melepaskan jawatan tersebut. Melalui ucapannya, terserlah keluasan ilmunya dan kemahirannya dalam mendatangkan hujah yang cukup berhikmah.

Dari Dewan Pemuda pula, Pemuda telah menzahirkan satu semangat dan cita-cita apabila resolusi muktamar diumumkan. Pemuda bersedia bertindak pada bila-bila masa sahaja. Kata Ketua Pemuda, YB Salahuddin Ayyub, Pemuda hanya menunggu arahan sahaja daripada Dato' Seri Presiden untuk Pemuda bertindak. Dalam pada itu, Pemuda juga akan menganjurkan satu himpunan raksasa di Putrajaya untuk menuntut supaya sistem demokrasi di dalam negara ini dilaksanakan dengan adil dan telus oleh SPR melalui pilihanraya umum. Himpunan yang mensasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 100,000 orang itu sudah tentu menuntut kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesaksamaan untuk sama-sama hadir ke himpunan tersebut.

Di Dewan Muslimat juga berlaku perubahan tampuk pimpinan apabila Ustazah Nuridah Mohd. Salleh dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat yang baru. Melalui ucapan penggulungan beliau, agenda pemerkasaan muslimat menjadi perkara yang patut diketengahkan oleh semua pihak. Kata beliau, peranan muslimin terutamanya amat penting bagi melibatkan mereka yang berada di rumah mereka yang bergelar isteri dan anak perempuan untuk bersama-sama muslimin menempuh cabaran dan mehnah perjuangan. Jangan dijeruk atau dikurung sahaja mereka di dalam rumah kerana itu merupakan suatu pembaziran dan kerugian kepada gerakan Islam sendiri.

Muktamar ke-53 ini juga telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemerhati bukan Islam iaitu dari Kelab Penyokong PAS kaum Cina telah diberi peluang untuk memberikan ucapan pada sesi penggulungan. Ucapan itu telah disampaikan oleh pengerusinya, Hu Phang Chaw yang juga penggerak utama bagi akhbar mesra-PAS yang berbahasa Cina, Re Min Shi Shi.

Untuk maklumat lanjut mengenai MUktamar PAS ke-53, sila ke Harakahdaily.net.

Di muktamar ini juga, atashi sempat berkunjung ke gerai Celcom. Sepertimana entry sebelum ini, Celcom memang menyediakan satu pelan persatuan dan PAS merupakan organisasi pertama menyertai pelan tersebut. Pelancaran pelan tersebut juga telah dilancarkan di muktamar ini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian, melaui pelan ini, kita akan memberi sumbangan terus kepada PAS. (kalau ikut kata pegawai Celcom tu, ini adalah saham akhirat). RM 20 akan diberi kepada PAS bagi setiap pendaftaran yang dibuat. Bermakna, jika kita mendaftar dibawah pelan ini, secara automatiknya kita telah menginfakkan RM 20 kepada PAS. Bukan itu sahaja. 5% daripada jumlah revenue pelan ini pada tahun pertama bermula tarikh pelancaran pelan ini akan diserahkan kepada PAS.

Dari sudut pelan pula, pelan ini adalah yang paling murah dan menjimatkan. Pada muktamar ini, setiap pendaftaran akan menerima sebuah telefon i-Mobile yang berharga RM 199 secara percuma. Hitam atau kelabu.(atashi ambik hitam Smile). Syarat pendaftaran pula ialah ahli PAS yang berumur 21 tahun dan ke atas.

Di kesempatan ini, atashi ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menjemput atashi ke rumah antum. Namun, atashi juga mohon jutaan kemaafan kerana tidak berkesempatan berkunjung ke rumah antum kerana kekangan waktu lantaran jadual yang amat padat. Maklumlah, datang dengan family. Insya Allah, ada rezeki,  lain kali ana datang.

Untuk makluman semua, memandangkan ana dah mendaftar nombor baru, insya Allah nombor lama akan ditamatkan. Nombor baru dah pun aktif dan kalau nak sms atau call pun dah boleh, tapi untuk sementara waktu ni nombor Maxis/Hotlink ana masih digunakan atas faktor-faktor keselamatan, sentimental dan sebagainya. 
Nombor baru ana : 0199117704

Akhiran, menjadi fardhu kepada setiap Muslim untuk bersama-sama gerakan Islam kerana khilafah sudah tiada. Dan gerakan Islam itu hendaklah bermatlamat untuk menegakkan Daulah Islamiyah. Maka, gerakan Islam mana lagi yang nak menegakkan Daulah Islamyah di Malaysia ini?   

-- Dulu         : "Life Unlimited"
    Sekarang : "Power is in your hand"

Wallahu ta'ala a'lam ..... Smile


Posted at 09:35 am by syadiid
Sila komen  

Wednesday, May 30, 2007
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar ... !!

Bismillahi walhamdulillah.

Sesungguhnya tiada puji dan syukur hanyalah pada Allah s.w.t., selawat dan salam buat Rasul pelindung ummat, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, solafus soleh, awwalin,  mujtahidin dan seterusnya pendokong perjuangan Islam sehingga ke Hari Perhitungan.

Sebentar tadi, kira-kira 23 minit yang lalu, keputusan rasmi mengenai kes Lina Joy @ Azlina Jailani telah dibacakan. Keputusan yang dibuat oleh 3 orang hakim mahkamah tinggi itu diumumkan secara rasminya oleh Pengerusi PEMBELA, Sdr. Yusri Abdullah di luar Palace of Justice, Putrajaya.

Akhirnya, setelah lebih setahun (secara rasminya) berjuang, berdoa dan bermunajat, maka tengah hari tadi, kira-kira jam 12.35 tengah hari, Allah s.w.t. memperkenankan doa dan munajat kita. Azlina yang cuba untuk menganggu kesejahteraan dan keamanan negara hari ini, telah kalah dalam tuntutannya di mahkamah tinggi. Keputusan ini cukup melegakan bukan sahaja ummat Islam di Malaysia, malah seluruh penduduk dan warganegara Malaysia. Ini kerana hasil daripada keputusan ini, kedaulatan agama dan negara akan terpelihara daripada cubaan gangguan daripada mana-mana pihak samada individu ataupun kolektif.

Ana ingin mengulas kenyataan sdr. Yusri Abdullah yang menyatakan keputusan ini bukan bermakna kemenangan bagi ummat Islam semata-mata, tapi kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia yang sayang kepada tanah air. Ana menyokong kenyataan yang dibuat oleh beliau berteraskan dasar perpaduan negara dan dasar toleransi bersama yang telah diamalkan di negara ini sejak beratus tahun sebelum merdeka dan setengah abad selepas merdeka. Keputusan ini secara tidak langsung sedikit sebanyak 'menyelamatkan' akidah ummat Islam dan menyelamatkan ketinggian kedaulatan negara.

Mengulas mengenai keputusan hakim pula. Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam ucapannya telah mengalahkan atau tidak membenarkan Azlina untuk membuang Islam di atas kad pengenalannya. Manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum memenangkan Azlina. Tapi Allah s.w.t. telah memberikan kelegaan kepada kita semua melalui Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd. Sherrif apabila beliau bersependapat dengan Tun Ahmad Fairuz.
Allahu Akbar ...!!

Dengan khabar gembira ini, bukan bermakna perjuangan kita sudah sampai ke penghujung. Ini hanyalah titik mula yang bakal menemukan kita dengan pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan untuk mendaulatkan Islam.

Ini mungkin 'laporan' bertulis pertama yang disiarkan sebaik sahaja keputusan kes dikeluarkan setengah jam yang lalu. Jadi ianya ekslusif ana tujukan buat  teman-teman yang mengikuti perkembangan kes ini. Justeru, marilah kita sama-sama bersyukur pada Allah s.w.t. atas kemenangan ini. Pernah juga terdengar ada sahabat bernazar tentang kes ni. Tak payah ceritalah pasal nazarnya tu. Apapun, jangan lupa kita kembalikan syukur dan terima kasih kita pada Yang Maha Esa.

Akhiran, perjuangan ini memang jauh, payah dan memenatkan. Bila mengenangkan usaha kita selama ini berdemo, berseminar, berceramah, bermesyuarat dan macam-macam lagi, teringat kepada pesan Mufti Perak, Sahibus Samahah Datuk Harussani Zakaria. "Hari ini kita berusaha, walaupun kita sentiasa kalah, tapi ianya bukan mutlak. Yang mutlak ialah janji Allah s.w.t.". Justeru menjadi akidah kita mempercayai janji Tuhan, iaitu kemenangan di hujung perjuangan ini.


-- Subhanaka wanasykuruka, ya Allah ....  

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 12:59 pm by syadiid
Sila komen  

Sunday, May 27, 2007
Pascabayar

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Jalla wa 'Ala, selawat dan salam buat Rasul akhir zaman, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, solafus soleh wal awwalin, mujahidin wal mujtahidin, ulama' wal 'amilin, seterusnya teman-teman seperjuangan sekalian.

Kali ni just nak kongsi berita terkini mengenai Parti Islam SeMalaysia (PAS) rentetan Muktamar PAS ke-53 yang bakal berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) pada 1-3 Jun ini.

 

PAS tandatangani MoU dengan Celcom

Oleh Intan Abdullah 

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - PAS telah berjaya
menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan satu
syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom (Malaysia)
Berhad bagi pelan pascabayar pertama di Malaysia yang
eksklusif untuk ahli PAS sahaja dalam satu majlis di
Pejabat Agung PAS semalam.

Apa yang menarik, PAS merupakan pertubuhan yang
pertama menggunakan pakej persatuan ini

PAS yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Dato'
Kamarudin Jaafar, manakala Senior Vice President
Global Enterprise Division, Syed Najib Syed Mohd Nor
mewakili Celcom.

Majlis menandatangani perjanjian itu (MOU) telah
disaksikan oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli serta
Ketua Pengarah Wilayah Timur Celcom, Dato' Sulaiman
Ahmad turut dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS
Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat,Timbalan Ketua Dewan
Muslimat PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali,
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Noor,
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad,
dan Saifudin Nasution,

Promosi kepada ahli PAS untuk menggunakan perkhidmatan
ini akan dibuat semasa Muktamar Tahunan PAS ke-53 dan
menurut Syed Najib, Celcom yakin PAS yang mempunyai
seramai 800,000 ahli akan menggunakan pelan yang akan
mendatangkan keuntungan kepada semua.

Ustaz Nasharudin dalam ucapannya mengalu-alukan Celcom
dan media lain yang baru pertama kali menjejakkan kaki
Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Celcom merakamkan penghargaan kepada PAS atas kesudian
bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan
telekomunikasi dengan lebih berkesan dalam memudahkan
urusan harian serta gerak kerja parti.

Syed Najib berkata melalui pakej persatuan ini,
pengguna talian 013, 019, 0148 akan menikmati pelbagai
kemudahan pada kadar yang lebih murah dan rendah
dengan sewa bulanan pada harga RM48 dan sms RM 0.15
sahaja.

Selain itu, mereka juga akan mendapat potongan harga
untuk panggilan bagi 12 nombor telefon yang sering
dihubungi.

Majlis pelancaran dan promosi perkhidmatan ini akan
diadakan pada Muktamar PAS kali ke-53 di Pusat
Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pada 1 hingga 3
Jun ini. 

-- Lepas ni nak tukar pakai Celcom la pulak. Jom ke Muktamar.
 

Wallahu ta'ala a'lam ... Smile


Posted at 01:15 am by syadiid
Sila komen  

Monday, May 21, 2007
Amal Islami

Bismillahi walhamdulillah.

Puji-pujian ke hadrat ILahi, selawat dan salam kepada Nabi khatimul anbiya', ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, solafus soleh, alim ulama, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya para pendokong perjuangan sehingga ke Yaumil Mahsyar.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian yang masih sudi berkunjung ke teratak ini. Maaf la kalau ianya kurang senang untuk dilihat, namun di sudut hati ini harapnya ada manfaatnya kepada semua terutama kepada Islam. Moga ada khoirnya di mana-mana.

Kali ini diri ini nak berbicara sedikit sebanyak tentang Amal Islami. Saja nak berkongsi ilmu yang masih melekat di dada. Bukan apa, baru-baru ditegur oleh seorang ustaz, tapi indirect la. "Pokok rendang macam mana pun, tapi duk dalam pagar, tak boleh nak bagi manfaatnya yang maksimum kepada awam", katanya. Jadi, kali ini kita buka pintu pagar supaya orang dapat berteduh di bawah pokok tu dan bagi orang menikmati rasa buah yang kita hasilkan.

Perbincangan mengenai Amal Islami sangat luas dan panjang, tapi di sini kita sebut sikit sahaja. Sekadar untuk mendapat idea, apakah yang dimaksudkan dengan Amal Islami. Hurai panjang-panjang bukannya ingat semua pun, ye tak? Tongue
Topik kali ini hanyalah sebagai rujukan individu dan tidak digalakkan untuk dijadikan hujah perdebatan kerana diri ini bukan seorang yang faqih. Ini hanyalah sekadar perkongsian dan sekiranya terdapat kesilapan, harapnya dapat dibetulkan.

Amal Islami ialah perkara-perkara yang dilakukan menjurus kepada suruhan Islam. Pendek kata, setiap amal atau perkara yang dilakukan dalam ruang lingkup syara', maka ia dipanggil Amal Islami. (Kalau ayat biasa nuqaba', " selagi mana ia tidak bercanggah dengan syara', maka amalan tersebut dipanggil Amal Islami). Daripada Amal Islami ini, ia mengandungi Amal Fardi, Amal Jamai'e dan Amal Ijtimai'e.

Secara umumnya, Amal Islami bermatlamat untuk mengembalikan 'ubudiyah manusia atau kehambaan manusia kepada Tuhan. Ini kerana skop Amal Islami melibatkan segala perintah dan larangan Allah kepada manusia. Dalil yang berkaitan adalah seperti di dalam surah At-Taubah, ayat 105.

Dari segi hukum, ia adalah wajib kerana menjalankan syariat Allah itu wajib. Jadi, hidup dengan hukum Tuhan adalah wajib. Begitu juga halnya dalam pilihanraya. Bukan nak kata orang yang undi BN tu berdosa, tapi jika orang itu tahu BN tidak mahu menjalankan syariat Allah, maka wajib ke atasnya mengundi PAS kerana PAS ingin menjalankan syariat Allah. Sila rujuk Draf Negara Islam yang dikeluarkan PAS pada 2004.

Banyak dalil-dalil naqli yang menyuruh atau mengarahkan manusia memenuhi tuntutan Amal Islami ini. Antaranya surah Al-Baqarah: 159, Al-Maidah: 67, An-Nisa': 65, Asy-Syura: 10, Al-Anfal: 39, Al-Muddathir: 38, Maryam: 95 dan banyak lagi.

Dari sudut sejarah pula, dalam berpuluh-puluh tamadun dan daripada beberapa tamadun termasyhur, teragung dan terulung dalam sejarah dunia, terbukti hanya tamadun Islam sahaja yang paling berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Contohnya dari sudut sosio-ekonomi, terbukti hanya ketika tamadun Islam sahaja rakyat berasa aman ketika di bawah pemerintahan Islam. Tercatat dalam sejarah (maaf, terlupa tulisan siapa) sorang wanita berjalan (bermusafir) seorang diri dari Syam (Syria) hingga ke San'a (di Yaman kalau tak silap) tanpa ada sebarang gangguan. Kalau hari ni, nak berjalan dari Sg. Ramal Dalam, Kajang ke Seksyen 8, Bangi pun rasa tak selamat. Kalau tak gangguan manusia, ada la makhluk-makhluk lain. Anjing ke contohnya .... 

Semua ini adalah berkat daripada pimpinan negara yang menjadikan Amal Islami sebagai teras dalam pemerintahan mereka. Walaupun di sana terdapat khalifah yang mempunyai akhlak yang kurang baik, tapi mereka tetap menjalankan hukum Islam. Ini adalah natijah yang sememangnya sudah tercatat di dalam sejarah.

Islam hari ini tidak lagi memerintah atau mempunyai kuasa dunia. Maka perjuangan untuk memastikan Islam mengusai dunia adalah wajib kerana ia adalah  Amal Jamai'e yang merupakan sebahagian daripada Amal Islami. Hakikat perjuangan ini tak perlulah dihuraikan di sini. Namun peranan pertama kita sebagai Muslim ialah memahami agama dengan sebaiknya, mengamalkannya dan seterusnya mendaulatkannya di tanah air kita. Kalau dulu orang kafir musyrik pun suka kepada pemerintahan Islam berbanding pemerintahan Rom dan Parsi, apatah lagi orang Islam. Kita hanya nak syariat Islam ditegakan, bukan propaganda Islam Hadhari yang menjadi omongan modal pilihanraya. 

Akhiran, pelaksanaan Amal Islami tidak cukup sekadar Amal Fardi iaitu amal diri sendiri, tapi ia mesti dengan Amal Jamai'e dan Amal Ijtimai'e. Semoga usaha perjuangan kita dikira oleh Allah s.w.t. dalam golongan mereka yang berdepan dengan musuh untuk mempertahankan agama-Nya.

Takbir ...!!


-- Dalam Islam ada musuh dalam selimut, iaitu orang Islam yang menjatuhkan Islam dan orang Islam yang tidak mahu kepada Islam.
                                                                                - Fawwaz ibnu Fadzil

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 03:24 am by syadiid
Sila komen  

Wednesday, May 16, 2007
Hindar

Bismillahi walhamdulillah.

Sekelian puji dan syukur ke hadrat ILahi, selawat dan salam buat Rasulil Amin, kaum kerabat baginda, sahabat-sahabat, para solafus soleh, pendokong dan penyokong perjuangan dan penegak kebenaran, seterusnya teman-teman sekalian.

Semester khas baru masuk minggu ke-3, tapi sudah ada yang akan menghadapi mid-term exam. Atashi pun tak terkecuali, insya Allah Jumaat ni mid-term exam untuk subjek Discrete. Esok speaking test untuk MUET. Minggu depan mid-term exam Digital Logic. Ana harapkan, sahabat-sahabat sekalian doakanlah kami yang sedang menghadapi ujian ini, agar dapat menempuhnya dengan cemerlang.

Baru-baru ni, kebetulan tebaca di sebuah portal, membicarakan tentang soal cinta. Memang lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Cuma bagaimana bentuk ia disalurkan itu yang menjadi persoalan. Ana tidak mahu mengupas isi perbincangan umum forum tersebut, tapi di sini ana ingin membuat teguran kepada seluruh sahabat dan teman sekalian, terutama diri ini sendiri.

Tidak sedikit pun terlintas di hati dan kepala ini untuk menghalang kita bercinta. Bahkan, itu menunjukkan bahawa diri itu normal dari sudut jiwa. Tapi, ana ingin ingatkan kepada teman-teman yang sudah mempunyai 'buah hati' atau 'pacar'. Ana mohon dengan sangat untuk antum antunna menjaga akhlak dan tatasusila sebagai seorang pejuang Islam. Ana amat sedih bila ada teman yang bermain sms dengan ajnabi. Sms yang membawa kepada lagho. Teringat kepada kata-kata seorang sahabat dalam bab bersms dengan 'orang tersayang' ni,"kalau dah main sms ni, memang rasa tak nak berhenti".

Maksudnya di sini ialah dorongan nafsu dan hasutan syaitan yang sedang bermain di sekeliling kita ketika bersms itu, menandakan iman kita sedang diuji. Jika kita terus-terusan bersms dengan ayat-ayat romantik berunsurkan erotik, maka tandanya kita tewas. Bahkan, ana ingin tegaskan, perlakuan kita itu sendiri yang mencemar maruah Islam yang selama ini kita duk perjuangkan. 

Justeru, peringatan untuk teman-teman dan terutamanya diri ini sendiri, jauhilah daripada perlakuan yang boleh membawa kita kepada perkara yang telah ana sebutkan di atas. Kerana, ia hanya mengundang fitnah. Pesan atashi juga, jika menaruh perasaan kepada mana-mana individu, ikutlah saluran yang elok dan sepatutnya. Jangan duk main sms lagu tuu .. "Seeloknya kita tahan perasaan tu. Memang susah, tapi yang susah itulah mujahadah. Kalau senang, bukan jihad namanya tu", kata seorang sahabat.

Apa yang ana sebut pada kali ini adalah secara umum dan sebagai peringatan kepada semua di atas nama perjuangan Islam. Jika kedapatan kes di pengetahuan ana tentang perkara di atas, maka insya Allah kita akan lihat sekali lagi topik ini ana akan utarakan. Tapi bukan lagi bentuk yang lembut seperti ini. Kali ini hanyalah peringatan. Seterusnya mungkin amaran.

Apapun, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sebagai pejuang Islam, sepatutnya kita jauhi perkara sebegini. Bukanlah ana ingin mengangkat diri sebagai seorang yang sempurna, bahkan ana sendiri mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa menginginkan. Tapi ingatlah, syaitan dan nafsu seringkali berjaya jika kita hanya mengikut kata hati. Ikutlah panduan ilmu dan akal yang Tuhan anugerahkan, Kalau bicara bidang Tasawwuf dalam bab hati, maka di sinilah lubuk nafsu mencari mangsa. Oleh itu, peranan fikrah amat penting supaya diri kita terjaga.

Akhiran, motto kita 'Membangun Bersama Islam' akan dapat direalisasikan dengan tazkiyah nafsi yang istiqamah daripada jundi-jundi sekalian.

 

-- Tahniah kepada Ukhti Aimi Syairah binti Dato' Md. Zin atas walimah 2 Jun ini. Semoga perkahwinan dirahmati dan diberkati Tuhan.

 

Wallahu ta'ala a'alam.... Smile


Posted at 01:58 am by syadiid
Ada (3)Komen  

Friday, May 11, 2007
Ahlan

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli-ahli kerabat baginda, para sahabat, awwalin wassolafus soleh, mujtahidin wal mujahidin, seterusnya muslimin-muslimat pendokong risalah perjuangan Nabi sekalian.

Syukran kerana masih sudi menjengah ke teratak ini yang banyak habuk dan sawangnya, mungkin kurang berkesempatan untuk diri ini sendiri singgah ke sini lantaran kekangan yang pelbagai serta tiada hati untuk berbicara di sini walaupun banyak benda yang ingin disuarakan.

Hati sanubari kita kalau diinterpretkan dalam bentuk kata-kata, pastinya setiap orang mempunyai definisi masing-masing. Kalau diterjemahkan kepada sikap dan sifat, maka itulah yang dapat kita lihat pada zahir seseorang itu. Pada pandangan atashi, walaupun ia menzahirkan perlakuan dan akhlak seseorang, namun selalunya individu itu akan menyembunyikan kelemahan dan keburukan dirinya sendiri. Begitu jualah diri ini, apa yang teman-teman semua lihat mungkin hanya yang baik sahaja. Disebalik tabir diri ini, Allah sahajalah yang tahu.

Namun, apapun sifat dan perlakuan kita, pastikan gerak kerja untuk Islam terus dijalankan. Tak kiralah apapun platform dan landasan kita, yang penting Islam terus di atas. Kalau tidak di mata orang, biarlah ianya teratas di hati kita. Sebabnya, kadang-kadang pejuang Islam sendiri yang meranapkan tiang kemegahan Islam dan memadamkan api perjuangan Islam. Jadi, diri ini menyeru kita sama muhasabah dan pertingkatkan iltizam dan usaha kita. Kerana, kalau nak ditimbang, cukup ke usaha kita untuk balas nikmat yang Allah beri pada kita? Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu. Atashi dah sebut sebelum ni.

Para pelajar SPM 2006 sudah mula mencongak untuk masuk ke IPT. Bagi yang mendapat tawaran melalui UPU, tahniah ana ucapkan. Bagi yang tak dapat atau belum dapat, macam adik ana, jangan kecewa. Cuba cari peluang lain. Yang pasti, usaha mesti dibuat. Jangan tunggu offer datang. Kita kena cari. Ana doakan agar semuanya bereh belaka. Smile

Kita, yang sedang berada di IPT ni, sama-samalah kita menyambut kehadiran adik-adik kita dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran. Kerana insya Allah, pasti ada di kalangan mereka yang akan menggantikan tempat kita, yang mungkin jauh lebih baik daripada kita dan mungkin manfaat daripada mereka lebih besar berbanding kita. Justeru, amat perlu bagi kita mengembleng tenaga untuk mentarbiyah, mendidik dan memberi tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada mereka. Jangan pula kita lari atau berputus asa dalam amal ini kerana Nabi juga pernah mendidik para sahabat, bahkan daripada Jahiliyyah kepada muslim mukmin muttaqin yang agung. Jadi, apalah sangat usaha kita ni. Kalau lari juga, memang sah hampeh dan fikrah kita ada masalah yang agak kritikal lagi.

Akhiran, ana mohon sahabat-sahabat sekelian agar kita pastikan peningkatan usaha kita secara kolektif atau solo ke arah pembangunan kualiti insan bagi tujuan penokokan perkaderan mukmin, bukan lagi perkaderan untuk tujuan yang tidak memberi sumbangan kepada Islam.

-- "Kalau kita sudah mula rasa boring dan jemu terhadap sesuatu, maknanya kita sudah tidak lagi menghargainya, atau tidak tahu bagaimana untuk menghargainya".                                    
                                                                                 
- Dr. Roslan Ismail

Wallahu ta'ala a'lam ....
Shades


Posted at 11:04 am by syadiid
Sila komen  

Wednesday, May 02, 2007
Musim

Bismillahi walhamdulillah.

Hanya pada-Mu ku panjatkan setinggi syukur, buatmu duhai kekasih Allah, ku untaikan selawat dan salam, juga tidak ku lupakan ahli-ahli keluargamu, para sahabatmu, serta mereka yang sentiasa istiqamah dan iltizam berada di atas jalan mu.

Awwalan, terima kasih kepada sahabat-sahabat dan teman-teman yang masih sudi menjengah ke teratak kusam ini. Maafla, kurang berkesempatan untuk update selalu. Al-maklum laa ...

Semester khas atau semester pendek atau semester 3 telah pun bermula. Apapun nama yang diberi, ia tetap sama. Tempoh pengajian selama 2 bulan (lebih kurang). Ini adalah kali pertama atashi register untuk semester ini. Jika dilihat pada course outline, memang ekspres betul sem ni. Mana taknya, Lepas 2 minggu lebih je first class, terus mid term exam. Isk isk isk ....

Tambah pulak, sem ni atashi sorang je yang register. Sahabat-sahabat sume 'berkerjaya'. Pegi kelas pun terasa kurangnya orang di bumi swasta tu. Agaknya gitulah keadaan tiap-tiap kali special sem. Isk isk isk ....

Masa cuti baru ni amat pendek rasanya. 10 hari macam 10 minit je. Ehehe ... Rasa macam nak cuti je selalu. Boleh la pegi ke pantai selalu.

Baru-baru ni seorang teman telah mengalami kemalangan di sebuah selekoh menuju ke bangi. Yang lebih malangnya, dia membawa bersama seorang adik usrah atashi. Setelah atashi mendengar kronologi malang tersebut, maka tahulah yang mereka tidak apa-apa. Cedera memang cedera, tapi tak serius. Cuma fobia katanya ... Smile ...
Biasalah, pengalaman tuu ... Tak dapat dibeli di mana-mana supermarket pun, just dapat free di atas jalan ...

Anyway, sebenarnya nak release kepala daripada memikirkan soal hati dan perasaan. Susah sebenarnya nak cakap, tapi perkara ni memang rumit. Tak ada formula untuk selesaikan. Namun, atashi yakin, ini adalah tarbiyah yang Allah dah tetapkan untuk atashi. Segala salah dan silap, jutaan ampun dan maaf atashi pohonkan. Maklumlah, first time.

Kepada sahabat-sahabat yang sedang 'bekerja', buatlah kerja tu betul-betul. Jangan main game pulak masa kerja. Boleh jejaskan berkat tuu ...

Kepada sahabat-sahabat yang dah grad, bila nak kahwin nanti jangan lupa ajak orang kat sini. Ajak makan tau, bukan ajak basuh pinggan ... Tongue

Kepada sahabat-sababat yang ambil semester pendek ni, mari kita study betul-betul, jangan ponteng kelas dan score untuk sem ni ...

Ok lah, ana mintak diri dulu. Nak buat kerja lain pulak. Saje nak sibukkan diri. Kang kalau takde kerja, khayal je memanjang ...

Ilal liqa' ....

-- Kepada siapa sepatutnya kita tujukan kasih, sayang, cinta dan rindu kita ..?

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 08:57 am by syadiid
Sila komen  

Monday, April 23, 2007
22nd daa

Bismillahi walhamdulillah.

Puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin wal mujtahidin, ulama' wal mujahidin, seterusnya para pendokong perjuangan Rasul sekalian.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama, akhirnya masa cuti kali ini dapat dimanfaatkan untuk bersama keluarga. Walaupun terlalu banyak perkara yang ingin diceritakan setelah seminggu berada di Darul Iman, namun mnustahil untuk dikongsikan di sini. Almaklum laa ...

Alhamdulillah, setelah seminggu, baru dapat fully guna laptop ayah. Ada hikmahnya jugak laptop ni 'rosak' sebab atashi kena jadi mekanik jap. Jadi, bole la guna jap lepas siap ni.

Anyway, sementara masih sempat, just nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah bermurah hati memakukan ingatan kepada ana melalui hari lahir ana. Ana juga ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi wish sempena hari lahir ana versi Gregory atau Masihi ini.

Sempena Hari Ulangtahun yang ke-22 ini, ana titipkan sebuah sajak, khas buat diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

Mataku ...
Melihatlah dengan pandangan mata hati yang
bersih

Telingaku ...
Mendengarlah dengan tapisan hati yang
luhur

Lidahku ...
Berkatalah dengan bicara hati yang
tulus

Jawarihku ...
Bertindaklah dengan sentuhan hati yang
kudus

Hatiku ...
Pandulah mataku agar melihat dengan pandangan hakiki
Doronglahlah telingaku untuk mendengar suara nurani
Arahkanlah lidahku untuk berkata dengan bicara sufi
Nasihatlah jawarihku untuk bertindak dengan
sentuhan ma'nawi

Ya Allah ...
Pejamkanlah mataku agar lena dalam jaga-Mu
Degupkanlah jantungku agar suaraku dalam pangkuan-Mu
Tartilkanlah zikirku agar bicaraku sentiasa dalam perhatian-Mu
Gegarkanlah ikhtiar dan semangatku agar terus berada di atas jalan-Mu
Hanguskanlah hatiku agar hangit dalam hangat
cinta-Mu

LuqA
23 April 2007/ 6 Rabi'ul Akhir 1428
4.25 pagi
Kg. Rusila, Marang
Terengganu Darul Iman

-- 3 tahun lagi ....

Wallahu ta'ala a'lam ....Smile


Posted at 01:28 am by syadiid
Ada (2)Komen  

Previous Page Next Page