Assalamu alaikum








Welcome to Luqman's hut
(Blog ini sesuai dilayari melalui Internet Explorer)

Bersama ulama' meneraju ummah


Orang Sahabat Tengah Melawat



haa...buat pe tu??

Bismillahi Rahmani Rahim

In the name of Allah
The Most Compassionate
The Most Merciful

Compassion is lost from humanity
illa man rahima ar Rahman

let them fight
with their tanks
and precision bombs
gamut of weapons
though we lack
material forces
and substance
we will do what we can
we will fight
with the best weapon
"And know this Abu Lahb, God does fight on the side of your nephew."
surely
we will fight
and keep fighting
with the best weapon
ad-du'a
yet....

compassion is lost from humanity
... illa man rahima ar Rahman

Image hosted by Photobucket.com


   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31




I'm proud to be a Muslim ImageChef.com - Custom comment





ImageChef.com - Custom comment codes


Khalik Ma'aya







~ Usrati Mahbubah


Abi = Alias Mamat


Ummi = Ruhani Daud


Shodaime = Luqmanulhakim


Nidaime = Nurul Syahidah


Sandaime = Nasruddin


Yondaime = Munirah


Godaime = Najmuddin


Rokudaime = Naqiuddin


Nadaime = Saifullah


Hachidaime = Nidzamuddin


Youngest = Ahmad Solihin





Kalendar Hijrah


Sila klik untuk Ketahui Tarikh Lahir dalam Masihi dan Hijrah



:: Moon Phases


CURRENT MOON


KEMPEN BOIKOT DENMARK

 
Klik gambar di atas untuk lihat senarai barang-barang yang terlibat dalam kempen boikot Denmark



BOIKOT ISRAEL












_______________________________
Visitor Map



Google Search



:: Pembentukan fikrah melalui pautan ilmu ::


















If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Sunday, August 19, 2007
Sun-Burn

Bismillahi walhamdulillah.

Setinggi puji bagi Allah Jalla wa 'Ala, selawat dan salam buat Rasul junjungan ummat, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in, awwalin, solafussoleh, mujtahidin dan mujahidin seterusnya teman-teman penerus perjuangan sekalian.

Semalam telah diadakan satu program sukaneka di Kolej IT (COIT). Program yang bertajuk "Telematch COIT" ini merupakan "rare occasion" dianjurkan secara total oleh jabatan akademik mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal yang menarik ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar, khususnya antara advisor dan advisee serta advisee dan advisee. Satu usaha murni yang atashi kira patut dicontohi oleh mana-mana organisasi. Tapi atashi tak dapat main sebab advisor tak dapat datang. So, pihak committee memanggil atashi untuk menjadi urusetia.

Telematch dimulakan dengan acara senamrobik oleh Puan Mastura dari IKAL. Seterusnya semua yang hadir bergerak ke padang bola di depan COIT untuk acara sukaneka. Setiap advisor mempunyai pasukan masing-masing dan lebih daripada 30 pasukan mengambil bahagian.

Alhamdulillah, lebih kurang 5 acara berlangsung dengan jayanya. Bagi atashi, acara yang paling best ialah Menghias Advisor. Hiasan hendaklah menggunakan sumber dari alam sekitar yang terdapat di sekitar padang. Macam-macam rupa dan konsep yang dapat dilihat. Ada yang macam transformers, orang asli, mat rempit, ninja dan macam-macam lagi. Memang kelakar. Model-model ini diadili oleh Dato' NC sendiri sambil dibantu oleh Dekan COIT dan pengarah program. Apapun, tahniah kepada pemenang iaitu Maharaja dari China, Mr. Allan Cheah.

Walaupun kami terpaksa berada paling awal atas padang dan paling akhir meninggalkan vanue telematch, semuanya pulang dengan perasaan gembira. Gembira melihat orang lain gembira. Yang dapat nombor paling last pun gembira macam dapat nombor tiga. Hehe ..

Akhiran, even sebuah institusi akademik pun begitu menitikberatkan soal ukhwah dalam interaksi mereka. Justeru, kita yang nak menggelarkan diri sebagai pejuang Islam sudah semestinya melakukan lebih daripada itu. Kalaupun ukhwah itu tak meningkat, jangan pula ia menurun. Ramai di kalangan kita yang putus ukhwah atas pelbagai sebab dan yangpaling menyedihkan ialah puncanya adalah fikrah. Mungkin kerana persoalan subjektif menjadi taruhan, atau abstraktif yang dicanangkan menjadikan ukhwah itu tidak begitu dilihat sebagai elemen utama dalam perjuangan. Yang berada di sisi tak dihargai, yang muncul sekali-sekala itulah yang selalu disanjungi. Orang berilmu semakin dijauhi, tapi si retorik yang didekati.

-- Muka, tengkuk dan lengan dah terbakar ...

Wallahu ta'ala a'lam ... Smile


Posted at 07:33 am by syadiid
Ada (3)Komen  

Thursday, August 16, 2007
Bizi

Bismillahi walhamdulillah.

Puji-pujian bagi Tuhan Yang Maha Agung, selawat dan salam buat Rasul pengislah ummat, ahliil bait, para sahabat, solafus soleh, awwalin, mujtahidin dan mujahidin seterusnya teman-teman penerus risalah Nabi yang dihormati sekalian.

Awalan, atashi mohon maaf kerana dah lama tak berkunjung ke sini. Hampir sebulan rasanya. Sampai ada sahabat tanya semasa chatting semalam,"blog hang tu awat tak tutup je kalu xnk update?". Malu juga rasanya. Huhu ...

Bukan tak nak update, tapi tutntutan lain yang lebih awla agak banyak dan mendesak sekarang. Tidak lain dan tidak bukan ialah pelajaran. Atashi berazam untuk mempertingkatkan pointer bagi semester ni. Asyik main 2 je, nak rasa jugak 3. Jadi, untuk mencapai matlamat tu, ada lah perkara yang terpaksa dikorbankan. Tambahan pula, subjek yang atashi ambil pada semester ni memang berat dan ada yang kategori killer. Dengan 18 kredit hour (atas jadual 21 kredit hour) dan setiap project subject tu atashi sebagai group leader (5 group), memang banyak kerja yang perlu dibuat.

Baru-baru ni atashi mengikuti Kursus Imam dan Bilal TNB Zon Tengah. Kursus ini memang bagus dan memberi manfaat yang cukup besar khususnya pada atashi. Banyak pengalaman dan ilmu-ilmu berguna yang dapat atashi gali di sini. Semasa kursus ini juga atashi sempat bertalaqi dengan salah seorang sheikh utama di Malaysia iaitu Ustaz Mat Isa bin Man. Mungkin ramai yang kurang mengenali beliau di sini, tapi kalau di Mesir, beliau ini tidak kurang popular terutamanya dalam bidang tarannum. Bayangkan, sepengetahuan umum, lagu-lagu Al-Quran hanya ada 7. Tapi beliau mengetahui dan bole melagukan 350 jenis lagu dari seluruh dunia. Masya Allah. Mabruk 'alaih ... Di samping mendapat sanad, beliau juga menuntut daripada ulama' Al-Quran tersohor dunia yang mana dua daripadanya buta. Subhanallah ...

Di kursus ini juga, atashi sempat berkenalan dengan guru Al-Quran yang bakal mengajar atashi untuk kelas Al-Quran, insya Allah bermula minggu depan. Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, beliau merupakan pakar Al-Quran di Malaysia yang mana hanya terdapat beberapa orang sahaja dalam kategori beliau di Malaysia ini. Selain mempunyai sanad yang bersambung sehingga ke Rasulullah, beliau juga mempunyai suara lembut yang cukup merdu. Orangnya agak tegas dan suka mengkritik, tapi kritikannya berasaskan ilmu yang cukup luas dan hujah yang cukup kuat. Berasal dari Terengganu dan beliau adalah Syeikh Dr. Sulaiman Ibrahim El-Baruhiyy.

Insya Allah, jika mendapat restu beliau, atashi bukan sahaja belajar malah akan berusaha mendapatkan sanad daripada beliau. Untuk pengetahuan teman-teman, untuk mendapatkan sanad merupakan perkara yang tidak mudah. Komitmen, pengorbanan, minat dan iltizam adalah antara rencah wajib untuk usaha ini. Justeru, atashi harap agar teman-teman sekalian memahami usaha atashi untuk mendalami Al-Quran ini.

Akhiran, tarbiyah adalah wajib bagi setiap yang bergelar pejuang Islam. Untuk terlibat dalam urusan kaum muslimin, Al-Quran merupakan gist utama dalam diri. Bukan sekadar boleh membaca dengan betul dan menghafaznya, tapi juga menghayati dalam setiap gerak langkah yang kita ambil. Oleh itu, tiada sumber tarbiyah yang lebih baik daripada KItabullah ini.

-- "Jangan kamu menyerahkan urusan kaum muslimin kepada orang yang membawa kepada hinaan kepada Islam atas sebab diri orang itu sendiri"
                                                               
- Syeikh Dr. Sulaiman Ibrahim El-Baruhiyy

Wallahu ta'ala a'lam ... Smile


Posted at 11:48 am by syadiid
Sila komen  

Monday, July 23, 2007
Pulau

Bismillahi walhamdulillah.

Sekelian puji ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin, solafussoleh, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya teman-teman seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah, setelah lama tak berkunjung ke teratak sendiri ni, rindu pula rasanya. Kekangan masa dan bebanan yang ditanggung menyebabkan peruntukan masa untuk berceloteh di sini diabaikan. Terima kasih kepada teman-teman yang masih sudi berkunjung ke teratak uzur ini.

Baru-baru ini atashi mengikuti rombongan jaulah yang ditaja oleh Unit Akademik Pusat Islam. Tujuan utama jaulah ini bukannya makan angin seperti yang disangka oleh sesetengah pihak, tapi kami memerah otak dan tenaga mengatur, merencana dan merangka pelan tindakan dan strategi bagi mengharungi semester hadapan dengan uslub yang berbeza.

Pulau Kapas, Marang telah menjadi destinasi kami bermusyawarah dalam suasana santai supaya dapat mengurangkan kadar tekanan dan agar dapat memberikan komitmen dalam kadar yang optimum. Atashi mewakili golongan pertengahan yang cuba untuk memahami struktur dan pelaksanaan bagi mendapatkan pelan terbaik untuk program yang akan dilancarkan. Kalau dalam Sistem Analysis and Design (SAD), program ini dinamakan JAD.

Hari Pertama. Sampai di Marang pada jam 5.00 pagi. Kami berehat di Masjid Sultanah Nur Zahirah dan solat di sana. Setelah bersarapan di Pasar Marang, kami menaiki bot untuk ke Pulau Kapas. Sepanjang perjalanan, suasana tenang laut telah memberikan gambaran yang agenda jaulah kali ini akan berjalan dengan sebaiknya. Sempat juga kami melihat ikan todak melompat di atas air. Subhanallah, pemandangan kali pertama untuk kami semua. Memang menakjubkan.
Sampai di Pulau Kapas, kami masuk ke bilik masing-masing setelah check-in. Setelah solat dan makan tengahhari, kami mendengar sedikit taklimat program sebelum melawat Solar Hybrid terbesar di Malaysia, terletak di sebelah resort tempat tinggal kami. Lawatan yang agak informatif, tapi sepatutnya lebih memberikan manfaat kepada pelajar kejuruteraan elektrik. Sesi riadah, volleybeach.
Malamnya, selepas solat dan makan malam, sesi ta'ruf dan pembentangan kertas kerja bagi Sahabat UNICOMMSERVE oleh Sdr. Fairuz dan Sahabat Al-Quran oleh atashi sendiri. Alhamdulillah, semua yang hadir dapat memahami dengan baik pembentangan kami dan atashi sendiri mendapat kenalan yang lebih ramai menerusi sesi ta'aruf.

Hari kedua. Atashi menjadi imam solat Subuh tersebut dan memberikan sedikit tazkiah untuk semua peserta yang hadir. Setelah bersarapan pagi, kami ke sesi perlantikan dan tugasan. Selepas sesi tersebut, tiba pula ke sesi almanac. Dalam sesi ini terserlah komitmen yang ditunjukkan oleh hampir semua peserta. Pada pandangan atashi, walaupun mereka tidak dilengkapi dengan ilmu agama yang tinggi ataupun fikrah Islamiah yang menjulang, tapi komitmen mereka amat membanggakan. Pandangan atashi pada penampilan dan sahsiah mereka atashi ketepikan dulu, cuba mengambil semangat mereka bekerja. Sesi petang disambung setelah makan tengah hari dan solat. Sekali lagi walaupun dalam keadaan mengantuk, tapi mereka tetap tidak bersungut. Cuma adalah sorang dua yang nakal tu ...
Petang kami diisi dengan aktiviti riadah yang pelbagai. Ada yang berkayak, snorkelling dan macam-macam lagi. Tapi atashi memilih untuk berenang ke tengah laut. Bukanlah ke tengah-tengah laut, cuma lebih kurang 100 meter sahaja dari pantai. Memang memenatkan, almaklumlah, stamina out. Lepas naik, siap mandi dan bersedia untuk makan, ustaz pula menarik atashi ke gelanggang volleybeach. Apa boleh buat, main je la walaupun dan siap-siap nak pegi makan awal. Habis pasir naik ke kepala sebab main dengan penuh bersemangat walaupun kalah. Huhu ...
Malam itu kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing, tapi atashi memilih untuk tidur awal kerana keletihan. Dah la berenang hampir 400 meter, main volleybeach lagi. Memang penat. 

Hari ketiga. Hujan pada malam itu menyebabkan surau hanya ada 5 orang sahaja, walhal sepatutnya kena ada 20 orang. Tapi ustazah memang sporting, sekadar membiarkan mereka solat di bilik masing-masing. Maklumlah, program ala santai. Setelah sarapan, kami berkemas dan bersiap untuk pulang.
Tiba di jeti Marang, kami disambut oleh ayah ayah atashi. Beliau kemudiannya membawa kami ke resthouse yang atashi sendiri pun tak pernah perasan ada kat situ walaupun tak jauh dari rumah atashi. Di sana, kami semua "menibai" durian sepuas-puasnya. Sampai ada yang tergolek sambil makan durian. Hihi... Tu pun tak habis.
Setelah solat, atashi membawa mereka semua ke Pasar Besar Payang. Nak shopping. Banyak betul yang mereka shopping. Kalau tengok, rupa macam pemborong pun ada mereka ni. Hehe. Tapi apapun, mereka semua gembira, atashi pun tumpang gembira. Setelah atashi solat asar, mulalah sesi mengangkut ke rumah atashi pula untuk makan malam. Dah lama atashi sendiri tak makan masakan mak. Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga akhirnya.
Setelah makan, kami ke resthouse untuk mengemaskan barang dan berangkut ke stesen bas. Oleh kerana malam itu hujan, atashi dan Lan terpaksa naik bas di Marang kerana tak sempat ke stesen bas. Walaupun hari itu memang memenatkan, tapi semuanya gembira dan atashi juga gembira.

Banyak perkara yang atashi lihat dan belajar daripada jaulah ini. Pandangan juga makin luas, pemikiran juga makin terbuka, insya Allah, serta engagement juga makin lebar. Cuma atashi sedikit terkilan, mungkin dengan diri sendiri, kerana rombongan pertama yang atashi bawa ke rumah bukannya dari kalangan sahabat-sahabat sefikrah dan seperjuangan dengan atashi. Tapi, tak mengapalah, semuanya sudah berlalu. Hal kecil jangan dibesarkan. Pasal "kenen-kenen" atashi tu, harapnya dapat dilupakan. Atashi tak ada kaitan dengan mana-mana akhawat yang pergi tu. Anggaplah semua tu kisah dongeng dan gossip semata-mata.

Akhiran, amat perlu bagi kita mencambahkan pemikiran kita melaui perbincangan yang 'alami. Bukannya menunjukkan kepahlawanan kita di gelanggang sendiri, tapi menzahirkan kekuatan pada lawan dan memikat hati mad'u untuk bersama-sama dengan kita di dalam perjuangan ini. Oleh itu, uslub kita mesti pelbagai dalam skop yang syar'ie dan matlamat yang tsabat di atas fikrah yang jelas serta ilmu yang mantap. Semoga medan dakwah ini dapat kita selami dan takluki dengan cara yang paling berhikmah.

-- Penyu pata? Hahahahaa .....

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 11:00 pm by syadiid
Sila komen  

Sunday, July 08, 2007
Register

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Tuhan pemilik alam, selawat dan salam buat Rasul pembimbing ummat, ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda, para auliya' dan awwalin, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya teman-teman sefikrah yang dikasihi sekalian.

Insya Allah, esok semester baru akan bermula. Adik atashi juga akan memulakan hidupnya sebagai siswi di IPTA bermula esok. Semoga Allah memelihara dan memudahkan urusannya. Amiin ...

Esok merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar baru di IPT, khususnya di bumi swasta ini mengikuti kuliah atau kelas. Dengan gelaran siswa dan siswi, sudah tentunya keadaannya berbeza berbanding di bangku sekolah dulu. Bak kata seorang pensyarah,"Kalau dulu awak cuma perlu usaha 30%, sekarang awak mesti usaha sekurang-kurangnya 70% untuk survive. Itu cuma tahap survive sahaja, mungkin selesa tapi bukan cemerlang". Bermakna, kematangan dan kehemahan masing-masing sekurang-kurangnya mesti berada pada tahap yang memuaskan.

Esok juga merupakan hari pertama semester akhir bagi beberapa sahabat atashi sekarang. Insya Allah, semoga semester akhir ini menjadi semester yang paling cemerlang untuk kalian. Samada dari segi akademik, sumbangan kepada Islam dan sebagainya. 

Sebagai seorang Muslim, menuntut ilmu merupakan kefardhuan bagi kita. Seperti sabda Rasulullah s.a.w, "Menuntut ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim". Tidak kiralah siapa kita, ilmu mesti dicari dan dituntut. Bukannya tunggu orang datang bagi. Bukannya tunggu orang datang curah. Bukannya tunggu orang suap. 

Kebobrokan minda ummat dan kebejatan akhlak belia kini bermula daripada kejahilan yang mungkin disebabkan oleh kongkongan pihak yang berautoriti. Justeru, sebagai da'ie, kita mesti menyedarkan ummat ini. Berikan mereka maklumat. Sampaikan informasi sebenar. Tanamkan rasa tanggungjawab yang tinggi pada mereka. Insya Allah, semoga usaha ikhlas ini akan dikira sebagai amal ibadah yang akan kita bawa sebagai bekal mengadap Tuhan nanti.

Akhiran, selagi hayat dikandung badan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi fikrah ini jelas, marilah sama-sama kita perah tenaga kita untuk memsatikan gerak kerja Islam licin dan lancar. Ingatlah, kelestarian ummat hari ini memerlukan pengorbanan daripada pejuang Islam.

-- Kalau rasa diri tu dah mantap, sebenarnya itu mungkin bisikan syaitan.  
                                                                                                    -  Sheikh Al-Hakim 

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 11:36 am by syadiid
Ada (1)Komen  

Wednesday, July 04, 2007
Innalillah

Bismillahi walhamdulillah.

Setinggi puja dan puji ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat Rasulil Amin, ahlil bait, para sahabat baginda, awwalin dan mujtahidin, mujahidin dan 'amilin, seterusnya teman-teman dan rakan-rakan se'aqeedah yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian.

Awal pagi semalam, masuk ke kantung sms diri ini memaklumkan musibah yang telah berlaku kepada salah seorang junior (SG7). Musibah tersebut telah meragut nyawa bapa kesayangannya serta menyebabkan beliau patah kaki disamping beberapa kecederaan lain. Kesnya, mereka dilanggar oleh Mat Rempit yang juga dari warga tempatan terdekat apabila dalam perjalanan pulang dari stesen bas menuju pulang ke rumah mereka. Bapanya dan Mat Rempit tersebut meninggal dunia manakala dia mengalami konkusi dan sedar setelah dibawa ke hospital.

Petang semalam, diri ini bersama 2 orang sahabat dan seorang senior telah ke Hospital Melaka untuk menziarahi beliau. Sepanjang perjalanan tersebut, tak dapat diri ini membayangkan betapa laju dan dahsyatnya perlanggaran tersebut sehingga membawa kepada kematian. Memanglah Allah s.w.t. yang menentukan ajal kita, cuma ia ditemukan (nyawa dan ajal) itu yang agak menyayat hati kerana pemergian yang mengejut dan tiba-tiba.

Sampai di hospital, kami ke tingkat 3, blok D. Di sana, kami diminta melawat beliau seorang demi seorang. Seorang sahabat masuk ke wad. Tak lama lepas tu diri ini masuk selepas dia keluar. Melihatkan keadaannya, diri ini terasa sebak dan amat sedih. Beliau dalam keadaan lemah masih berupaya mengukir senyuman walaupun air mata bergenang dalam linangan ketika menerima lawatan diri ini. Dia cukup sedih dan merasa bersalah atas pemergian bapanya kerana dia sendiri melihat bapanya meninggal di hadapannya. Ketika itu, dia cuba bangun untuk menyelamatkan bapanya tetapi dia jatuh semula kerana kakinya telah patah. Sayu mendengarkan cerita dari mulutnya sambil air mata menitis.

Tanpa membiarkan dia meneruskan ceritanya lebih lanjut supaya dia terus berehat dan tidak terus dirundung rasa sedih yang berpanjangan, diri ini terus menyampaikan sedikit bantuan yang sempat dikutip sebelum berziarah. Setelah memberikan sedikit kata-kata semangat dan berusaha untuk membantu beliau selepas ini, diri ini berlalu dalam keadaan perasaan yang amat sedih. Tambahan pula, kakaknya akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu ini. Pemergian arwah dalam keadaan mengejut itu pastinya meragut suasana gembira yang bakal dikecapi seluruh keluarga beliau.

Dalam perjalanan pulang, ketika sedang memandu, senior yang pergi bersama kami menceritakan beberapa peristiwa membabitkan orang-orang terdahulu yang berjuang sehingga terkorban. Ada yang pergi dengan senyuman redha dari ibunya, ada yang pergi dengan tangisan kasih sahabat-sahabatnya dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan lagu ala sedih yang berkumandang memenuhi ruang dalam kereta, menambahkan lagi kepiluan dan kesayuan yang terbuku di hati ini. 

Insya Allah, selepas ini diri ini akan cuba sedaya upaya untuk membantu beliau. Justeru, dengan nama Allah dan Rasul, diri ini mohon daripada sahabat-sahabat sekalian agar kita sama-sama memberikan bantuan kepada beliau. Untuk pengetahuan semua, beliau menerima musibah setelah pulang daripada membantu kita di bazar dan Allah telah mengambil bapanya dari musibah tersebut. Tidakkah kita terasa sesuatu? Jadi, jangan kita bekukan minda dan kejangkan otot, ayuh sama-sama kita menghulurkan bantuan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Mungkin pihak kristian pula akan muncul memberikan bantuan kalau kita terlambat dan pastinya ketika itu kita akan menyesal. Nauzubillahi min zalik.

Akhiran, jangan kita terlalu mementingkan diri. Bahkan, jangan kita terlalu berkira dalam perjuangan ini. Walaupun kapasiti kita terhad, namun apa yang boleh kita lakukan ialah memaksimakannya. Ingatlah, kita belum tahu bagaimana kita akan mati. Tapi kita tahu bagaimana untuk mati dalam keadaan yang baik. Justeru, mengapa tidak kita pertingkatkan usaha ke arahnya? Ta'alau nazkuru .........

-- "Harga yang paling mahal ialah terkorban dalam perjuangan"
                                                                             -
Mohd. Faizal Zainuddin

Wallahu ta'ala a'lam .... cry 


Posted at 06:28 am by syadiid
Ada (1)Komen  

Saturday, June 30, 2007
K A T 0 7

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi bagi Allah Jalla wa 'Ala, selawat dan salam buat Rasul Junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, solafussoleh dan awwalin, mujtahidin dan mujahidin, seterusnya teman-teman seperjuangan seantero alam.

Alhamdulillah, Kongres Anak Terengganu 2007 (KAT '07) telah pun berakhir petang tadi. Program yang telah dirancang sekian lama itu berjalan lancar dan mengikut masa yang direncanakan. Cuma beberapa kekurangan seperti kehadiran yang tidak mencapai target penganjur serta ketidakhadiran Mursyidul Am sememangnya tidak dapat dielakkan, namun ianya tidak mencacatkan keseluruhan majlis.

 

*Backdrop yang dibuat last minit by LuqA 

Majlis dimulakan dengan ucaptama daripada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang. Kemudian sesi dialog antara hadirin dengan Dewan Harian PAS Terengganu. Sedikit komen atashi tentang dialog ini. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh kebanyakan hadirin panjang berjela-jela. Macam nak bentangkan manifesto baru, walhal pengerusi majlis telah mengingatkan supaya meringkaskan dan memadatkan isi soalan. Tapi masih berlaku masalah tersebut. Kemudian, apabila pimpinan Dewan Harian memberikan penjelasan, kebanyakannya tidak menjawab soalan yang dikemukan. Soalan atashi pun tak dijawab. Sampaikan urusetia teknikal tu sound,".. lepas Cikgu Pa bercakap, enta pegi capai mic, cakap soalan saya masih belum dijawab, begitu juga beberapa soalan lain." Tapi tak tergamak pula rasanya.

Sesi makan-makan pun ada ceritanya. Bermula dengan nasi dagang, memang terkejut. Nasi tak ada masalah. Yang bermasalah, lauk. Ikan 'besar' sangat. Lepas tu, kuah cair "loley". Anyway, majoriti tibai je, termasuk Tok Guru. Makan tengahari pun ada sedikit kekurangan. Sepatutnya nasi minyak pelangi @ nasi minyak hujan panas tu berwarna warni, tapi tadi satu warna je. Agaknya sebab hari ni panas je dan tak hujan, tu yang takde pelangi agaknya. Tongue . Tapi nasib baiklah keropok lekor petang tadi best. Macam sahabat ni kata," ...an-natijah fil khaatimah ..". Boh la papapun, yang penting kita bersyukur.

Sesi pembentangan kertas kerja oleh Dr. Shafie Abu Bakar menyusul selepas zohor dengan isi kandungan kajian yang mendalam dan mencakupi pelbagai aspek khususnya untuk perhatian PAS Terengganu. Kajian daripada tahun 1303 sehinggalah 2006 diulas oleh 2 tokoh negara yang cukup terkenal. Pengulas pertama, tokoh akademik negara, Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, memberikan ulasan yang amat menarik. Ulasannya berterus terang, ilmiah dan terbuka. Cuma beliau kelihatan sedikit berhati-hati dalam menyampaikan ulasan, maklumlah, beliau mesti bersikap neutral walaupun beliau ada menyebut "... kalau pemerintahan tidak bertukar, rakyat tidak akan sedar dan tidak dapat membuat perbandingan. Ini hanya akan menambahkan lagi kelemahan dan kerencatan di kalangan rakyat Malaysia". Indirectly, Prof. sendiri pun agaknya mahu pemerintah sekarang ditukar. Kepada siapa? Wallahu a'lam ....

Manakala pengulas kedua, tokoh politik, YB Dato' Paduka Husam Musa memberikan ulasan dari sudut angka dan matematik. Ulasan beliau cukup statistik dan measureable, menjadikan seolah-olah sedikit berlawan arus dengan Prof. Khoo Kay Kim pada awalnya tapi kedua-duanya memberikan satu pendirian yang sama atas fakta dan perkara semasa yang berlaku iaitu pemerintah sekarang mesti berubah kepada yang lebih baik atau menukar pemerintah baru yang lebih baik.

Majlis berakhir dengan bacaan doa dan sesi kemas dewan. Maklumlah, AJK. Pengalaman ke kongres ini memang menyeronokkan. Tapi rasa rugi pula tak beli buku sejarah PAS tadi. Plan asal nak beli, tapi terlupa. Masa drive balik tadi baru teringat. Tak apalah, mungkin lain kali.

Akhiran, PAS adalah organisasi atau gerakan Islam yang mengambil pendekatan dakwah menerusi politik. Justeru, jangan kita salah faham dan menyempitkan pemikiran kita bahawa dakwah itu hanyalah seperti ke rumah-rumah, bagi tazkirah, ajak ke masjid dan yang seumpama dengannya sahaja. Ruang lingkup dakwah tu luas sangat, mustahil untuk kita bersendirian menyelaputi keseluruhan ruang lingkup dakwah itu. Oleh itu, kita fokuskan kepada bidang yang mampu kita maksimakan tenaga kita agar perintah Allah s.w.t. ini dapat kita laksanakan dengan sebaiknya.

-- Tag punya pasal, terbatuk masa makan ...

Wallahu ta'ala a'alam .... Smile


Posted at 11:49 pm by syadiid
Sila komen  

Thursday, June 28, 2007
Debat Kepenggunaan IPT 2007

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Junjungan Mulia, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, du'at awwalin, mujtahidin dan mujahidin, ulama' dan 'amilin, seterusnya teman-teman pendokong risalah perjuangan sekalian.

Alhamdulilah, secara umumnya, berakhirlah sudah Pertandingan Debat Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia. Pertandingan yang dianjurkan oleh FOMCA itu menempatkan UNITEN sebagai tuan rumah. Satu penghormatan besar buat UNITEN kerana ini adalah kali pertama pertandingan debat seperti ini diadakan di IPTS dan ia adalah debat pertama peringkat kebangsaan yang diadakan di UNITEN.


*Foto: Megat Panji Alam

Bercerita tentang pengalaman di pertandingan ini, banyak pengalaman yang tidak dapat diri ini lupakan. Bermula dengan hari pertama kami semua bertemu pada 22/6 yang mana menyaksikan diri ini dilantik sebagai Ketua Fasilitator, sehinggalah ke saat terakhir check-out penginapan, terlalu banyak perkara untuk diri ini ceritakan. Namun, mungkin bukan kali ini. Ada keje lain yang mesti dibereskan dulu. 

Pertandingan akhir Debat Kepenggunaan kali ini menyaksikan pertemuan dramatik antara UM sebagai pembangkang dan UNITEN sebagai kerajaan. Dengan usul pertandingan akhir "Industri hanya perlu menjana ekonomi negara, masalah alam sekitar dikendalikan oleh kerajaan" DITOLAK, maka UM dinobatkan sebagai Johan Debat Kepenggunaan IPT 2007. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat-pendebat UNITEN kerana menggapai satu pencapaian diluar dugaan setelah menewaskan UMS (suku akhir) dan UTM (separuh akhir).

Sambutan yang diberikan cukup menggalakkan apabila sebanyak 32 pasukan telah bertanding, terdiri daripada IPTA, IPTS, Institut-institut Penguruan dan Kolej-kolej. Perkampungan Debat Kepenggunaan 2007 ini banyak membariskan muka-muka baru dalam dunia debat inter-varsiti memberikan satu nafas baru yang lebih segar kerana mereka berada dalam kelas yang tersendiri berbanding senior mereka yang lalu. Walaupun terdapat beberapa kelemahan masing-masing, secara tuntasnya diri ini amat kagum dengan mereka. Dengan faktor-X yang tersendiri, setiap pendebat mencuba yang terbaik untuk menarik perhatian serta meyakinkan penonton dan juri.

Pengalaman berada di dalam pertandingan seperti ini telah banyak mengajar diri ini tentang banyak perkara. Antaranya persahabatan, kasih sayang, etika profesional, kebajikan, cambahan minda dan sebagainya. Walaupun tempohnya pendek, tapi memberikan erti yang cukup mendalam pada diri ini. Terima kasih kepada Abg. Din dan Angah kerana memberikan kepercayaan dan keyakinan pada diri ini untuk mengepalai fasilitator pertandingan ini. Terima kasih juga kepada semua fasilitator kerana memberikan kerjasama yang cukup baik kepada diri ini. Pengalaman bersama kalian memang seronok dan akan terus tersemat di sanubari.

Insya Allah, setelah mendapat kepercayaan daripada pihak penganjur, team fasilitator ini telah dijemput ke projek seterusnya iaitu Pertandingan Debat peringkat Asia yang akan berlangsung juga di UNITEN. Kali ni, sijil peringkat antarabangsa. So, yang final year tu, jangan lepaskan peluang untuk terlibat.

Akhiran, sebagai da'ie, ruang dakwah kita sebenarnya luas dan lebar. Jangan kita jumudkan minda. Jangan kita sempitkan pemikiran. Jangan kita bobrokkan suasana. Yang penting, mesej kita disampaikan. Asal tidak menyanggahi syara', pendekatan tidak menjadi soal. Justeru, bagi memastikan kelestarian dakwah kita, kaedah mesti diusahakan dalam pelbagai bentuk. Insya Allah akan mencambahkan lagi fikrah Islamiah di kalangan mad'u kita.

-- Memacu ummah dengan matlamat yang jelas dan dengan uslub yang pelbagai berdasarkan kapasiti diri.

Wallahu ta'ala a'lam ... Smile


Posted at 08:04 am by syadiid
Sila komen  

Friday, June 22, 2007
Jemputē

Bismillahi walhamdulillah.

Setinggi puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam buat Nabi akhir zaman, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, awwalin, ulama' dan mujtahidin, mujahidin serta seterusnya rakan-rakan di barisan penegak risalah perjuangan Islam sekalian.

Alhamdulillah, semalam berakhirlah Final Exam bagi semester khas ini. Semuanya berjalan dengan baik walaupun suasana sedikit kusam. Mungkin kerana kurang student atau aktiviti-aktiviti yang mampu menceriakan keadaan.

Insya Allah, esok bermula tugas baru bagi atashi iaitu sebagai fasilitator Pertandingan Debat Kepenggunaan IPT yang akan diadakan di sini. Pertandingan yang dianjurkan oleh FOMCA ini akan disertai oleh universiti-universiti seluruh negara dan mereka semua akan berkampung selama 5 hari. Tapi tugas atashi selama lebih kurang 6 hari bermula 22/6 sehingga 27/6/2007.

Di samping itu, nak ambil peluang di sini untuk menjemput teman-teman sekalian ke program di bawah:

Dialog dan Seminar Analisa Politik:
Mampukah PAS Tawan Terengganu

Tarikh : 30 Jun 2007 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, Gombak.

Anjuran : Ikatan Perantauan Anak Terengganu (PERANTAU)


Insya Allah, ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang. Pembentangan analisa politik Terengganu pula akan disampaikan oleh wakil PERANTAU, Dr. Shafie Abu Bakar. Yang menariknya, ulasan dan komentar bagi seminar ini akan diberikan oleh 2 orang tokoh yang berlainan latar belakang iaitu Naib Presiden PAS, YB Dato' Husam Musa dan tokoh akademik negara, Profesor Emeritius Datuk Dr. Khoo Kay Kim. Ini bermakna kita akan dapat melihat suasana politik negara dari sudut yang lebih luas dan lebih intelek, insya Allah.

Bagi atashi, antara part yang best di program ini ialah sesi minum pagi dan makan tengah hari. Insya Allah bagi sesiapa yang datang awal, akan dapat merasa Nasi Dagang pada sesi minum pagi, buatan anak Terengganu sendiri. Manakala makan tengah hari memang istimewa. Bagi sesiapa yang nak kenal Nasi Minyak Hujan Panas (atau nama lainnya, Nasi Minyak Pelangi), inilah masanya. Jangan balik awal sangat. Kang melepas, rugi je. Ade keropok lekor lagi. Big Smile

Insya Allah, penutupan majlis akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bayaran untuk program ni adalah sebanyak RM 20.00. Tapi untuk student, RM 10.00 je. Pastikan mendaftar di kaunter yang betul nanti.

Program ini adalah program terbuka dan semua yang berkelapangan dijemput hadir. Kita sama-sama tambahkan pengetahuan kita disamping mengeratkan hubungan sesama kita.

Akhiran, segala yang kita rancang dan laksanakan itu, jangan kita lupa untuk kembali berserah kepada Allah s.w.t. Berserah di sini bukan bermaksud berlepas tangan, tapi meyakini apa yang kita terima itu adalah suratan dari Yang Maha Esa.

-- Tahniah kepada Kak Jaja atas walimah 1hb nanti. Jom kita konvoi ke Gombak pulak. Insya Allah tak makan buah langsat Tongue.

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 07:49 am by syadiid
Ada (2)Komen  

Tuesday, June 19, 2007
InnaHamdaLiLliah

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Azza wa Jalla, selawat dan salam buat Rasul pembimbing ummat, ahli-ahli bait, para sahabat baginda, solafus soleh dan awwalin, mujatahidin dan mujahidin, ulama' dan 'amilin, seterusnya sahabat-sahabat dan teman-teman pendokong perjuangan untuk menegakkan Islam sekalian.

Oleh kerana sekarang ni musim Exam, tak terasa untuk bersembang lebat. Cuma ingin berkongsi salah satu video yang memaparkan 3 orang wanita Perancis yang memeluk Islam. Mereka sungguh beruntung kerana mereka disambut dan diajar secara langsung serta didoakan oleh salah seorang ulama' yang terkenal lagi 'alim, iaitu Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

 

 www.youtubeislam.com

Akhiran, sama-sama kita jaga diri kita dan keluarga kita serta mereka yang di sekeliling kita supaya terus tsabat di dalam Ad-Din ini.

-- "....berputarlah kamu bersama Islam...."
            Membangun Bersama Islam

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 06:52 am by syadiid
Ada (1)Komen  

Sunday, June 17, 2007
Exam

Bismillahi walhamdulillah.

Sekelian puji bagi Allah Jalla wa 'Ala, selawat dan salam buat Rasul Junjungan, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, solafus soleh dan awwalin, ulama' dan mujtahidin, mujahidin penegak kebenaran, seterusnya teman-teman pendokong risalah perjuangan sekalian.

Insya Allah, esok akan bermula Final Exam bagi semester khas 06/07. Exam selama seminggu akan berlangsung di Tingkat 4, Perpustakaan. Paper atashi;

      18 Jun      :  Discrete Structure
      21 Jun      :  Digital Logic

Alhamdulillah, walaupun ini merupakan semester khas yang pertama buat diri ini, namun semuanya berlalu dengan baik. Bahkan, rasanya semester khas ini lebih sesuai untuk orang yang 'berstamina rendah' dan non-versatil seperti diri ini sekalipun terpaksa 'memecut' sedikit berbanding semester lazim.

Kepada teman-teman sekalian, doakanlah kejayaan kami menempuh Exam di sini. Walaupun suasana di sini agak muram, tapi itu tidak mematahkan semangat dan usaha untuk kami meneruskan survival di bumi swasta ini.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat di atas kata-kata semangat, SMS motivasi dan yang seumpama dengannya yang dikirimkan kepada diri ini.

Akhiran, segala yang kita timba dan kita usahakan, harapnya didahului dengan niat yang ikhlas. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai ibadah dan bekal mengadap Tuhan nanti.

-- Ready ke, tak ready ke, Final Exam will come. So, prepare yourself ....

Wallahu ta'ala a'lam .... Smile


Posted at 06:16 pm by syadiid
Sila komen  

Next Page